Gambar Siti Nurhaliza Taruddin dan 7 selebriti tanah air sertai askar wataniah

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah


Siti Nurhaliza dan Ana Raffali Askar Wataniah

Artis Siti Nurhaliza sertai Rejimen Askar Wataniah. Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapten (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah kerana percaya ia mampu membantu menguatkan mental serta fizikalnya.

"Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih.

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak supaya peminat saya dan belia turut menyertai Askar Wataniah," katanya.

Shaheizy Sam pula berkata beliau menyertai Askar Wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan.

"Memang dari kecil saya teringin untuk berkhidmat kepada negara, jadi saya rasa bangga dan bersedia untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara dan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajak peminat turut menyertai," katanya.

Aizat pula sangat teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan yang mencabar dan menguji minda seperti rintangan, kawad dan mengendalikan senjata setelah mendengar cerita daripada kawannya yang juga seorang anggota tentera di Singapura.

No comments:

Post a Comment