Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza (Pernikahan)

Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza
Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza

Gambar Nikah Natasha Hudson-Carleed Khaza

Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza

Gambar Nikah Natasha Hudson-Carleed Khaza

Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza

Aktres/model jelita, Natasha Liana Hudson,29 telah pun bergelar isteri kepada pemilik syarikat berasaskan muzik, Phuture Phlow yang juga ahli kumpulan hip hop Phlowtron, Khalid Kamal, 34, atau mesra dengan panggilan Carleed Khaza.

Majlis akad nikah dan resepsi kedua-dua pihak diadakan serentak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, bermula jam 11 pagi ini dan dihadiri saudara-mara terdekat.

Natasha Hudson memilih konsep ringkas dan klasik untuk majlis resepsi yang diadakan sejurus selepas majlis akad nikah.

Padanan rona coklat cair dan merah jambu menjadi pilihan Natasha sempena hari bersejarahnya. Lebih manis, ia diadakan dalam nada serba ringkas, malah jika ditatap rekaan baju kurung moden sentuhan pereka muda, Shahida Shariff itu, tata gaya dan pemilihan fabrik adalah hasil idea bintang Chermin itu dengan pereka.

"Saya memang mahukan konsep ringkas, malah baju untuk akad nikah juga ringkas. Saya sukakan rekaan Shahida kerana selesa dipakai. Kami bersetuju memilih sesuatu yang ringkas. Cukup sekadar mengikut syarak dan tidak berlebih-lebih.

"Untuk hantaran pula, sekadar kitab al-Quran, al-Quran digital, tasbih, jubah dan barangan lain yang lebih Islamik. Saya tidak perlukan barangan lain seperti jam tangan mahal atau set kecantikan kerana sudah ada semua itu," kata Natasha yang berbalas hantaran tujuh dan lima dengan Carleed.

Apatah lagi, sebaik saja pulang daripada melakukan umrah pada 4 April lalu,Natasha terus mengambil keputusan bertudung. Tanpa dipaksa mahupun mengikut trend semasa, Natasha akur itu pilihan terbaik.

"Saya mendapat ilham untuk mengadakan perkahwinan serba ringkas ketika di tanah suci. Saya melihat perkahwinan di sana tidak memerlukan hadiah mewah beribu-ribu ringgit. Yang penting, mengutamakan syariat dan perkahwinan itu mendapat restu.

"Apabila difikirkan semula, ada baiknya melakukan majlis ringkas kerana untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas itu, perlukan sokongan kewangan kukuh. Tambahan pula, saya juga tidak mahu menyusahkan suami di kemudian hari," kata ibu kepada Neesa Helena, 3, cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, Datuk Shahrin Zahari.

Katanya, Carleed sangat menyayangi Neesa dan menganggap anak kecil itu anak kandungnya. Malah, Natasha akui, Neesa juga selesa tatkala bersama Carleed.

Lantas, hubungan erat yang terjalin itu membuatkan Natasha selesa dan percaya anaknya akan dibesarkan dalam suasana ringkas tapi bahagia.

Bercakap soal hijrah kepada imej bertudung, Natasha akui belum meletak 100 peratus untuk bertudung sepenuhnya kerana memikirkan tuntutan kerja, terutama bidang lakonan yang kadangkala menuntut watak berbeza.

"Saya perlu memilih watak selepas ini dan mesti kena dengan cara dan gayanya. Contohnya, jika watak itu gadis mualaf yang masuk Islam, mungkin saya terima kerana itu tuntutan watak. Malah, ia juga mengajak penonton kepada kebaikan. Untuk bidang peragaan, saya akan memilih busana Muslimah saja."

No comments:

Post a Comment